Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432...

Assalamualaikum wbt...

~ kejap je lagi kte akan tahun baru, 1432 Hijrah...
~ jom jom...

angkat kedua2 tngan kte b'doa kpd Allah

 
 Doa Akhir Tahun
[ baca 3x sesudah Asar or sebelum Maghrib ]


Ertinya :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas jujungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tiada sifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkanku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selapas aku menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka aku mohon keampunan Mu, Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.



 Doa Awal Tahun
[ baca doa ini 3x selepas masuk Maghrib ]



Ertinya
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada Mu agar terpelihara diriku di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang laknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan aku mohon daripada Mu kan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


~ doa2 di atas di copy n paste dari blog ini 


~~ SALAM MA'AL HIJRAH 1432 ~~



wslm =)


1 comment: